Pages

Wednesday 14 November 2012


1434H/2012: WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

 Maal Hijrah buat semua penganut beragama Islam..Baru tadi kita membuka lembaran baru untuk tahun Islam 1434H ini.. Pastinya sambutan tahun baru Islam ini tidak lah sama dengan cara sambutan New Year oleh orang barat.. Islam ada caranya yang tersendiri.. Dan dalam bulan Muharam ini, terdapat beberapa amalan yang sunat dilakukan.. Antaranya adalah :


1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X  
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Tadi Alhamdulillah, sempat baca doa akhir tahun dan awal tahun. Syukur sangat-sangat.. Semoga kita sama-sama jadikan tahun baru ini lebih bermakna dan jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Amin..


Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.
 Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Tuesday 13 November 2012

Di Sebalik Perayaan Deepavali


Di Sebalik Perayaan Deepavali


Maksud tersirat di sebalik perayaan Deepavali
Susunan oleh R.K.SHYAMALA
charles%20mariasoosay Di Sebalik Perayaan Deepavali
Masyarakat Hindu yang menyalakan pelita di hadapan patung dewa Krishna. -Foto THE STAR oleh M.CHARLES
DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
Perayaan itu jatuh pada 17 Oktober pada tahun ini.
Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.
Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.
Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya)
Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
lights Di Sebalik Perayaan DeepavaliMasyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.
Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:
PEMBUNUHAN NARAGASURA
Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.
lights%20S.S.Kanesan Di Sebalik Perayaan DeepavaliMasyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI
Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.
KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA
Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.
Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.
Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.
Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.
SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH
Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.
Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.
Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.
Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.
Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.
Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.
Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.
PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI
Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.
Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.
Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.
kolam%20ahmad%20azmai%20awang Di Sebalik Perayaan DeepavaliKolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. – Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL AWANG
Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.
Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.
Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.
PAGI DEEPAVALI
Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.
Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.
Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.
Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).
Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.
SEHARI SEBELUM DEEPAVALI
Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah ‘pergi’ buat selam-lamanya.
Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.
Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Sumber :  http://sendiri.net

Monday 12 November 2012

CUTI!!! RANCANGLAH SEBAIKNYA...


Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar sekolah.. Tak kira sekolah rendah mahu pun sekolah menengah semuanya akan bercuti panjang sehinggalah buka musim persekolahan tahun hadapan bermula 2 Januari 2012. Lama tu?? lebih kurang 7 mggu..! :)

Apa yang akan anda lakukan sepanjang cuti persekolahan ini?? Jika ingin menjadi pelajar yang cemerlang,anda haruslah merancang cuti dengan sebaiknya. Ingat!! Masa itu emas!!Jangan dibazirkan begitu sahaja....

Jika anda adalah pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam yang besar seperti PMR, SMA, SPM ataupun STPM di tahun 2013, rancanglah masa cuti ini dengan membuat persediaan peperiksaaan untuk tahun hadapan.. Mungkin anda akan merasakan masih terlalu awal untuk membuat persediaan. JANGAN fikirkan begitu.. itu hanyalah bisikan hasutan yang akan membawa kepada beribu sesalan di saat hampir peperiksaan kelak. Buatlah ulangkaji bagi pelajaran yang telah dipelajari semasa cuti ini agar apabila buka sekolah nanti anda tidak akan terkejar-kejar mengulangkaji mata pelajaran lepas dan dalam masa yang sama  sibuk menyiapkan tugasan guru bagi subjek yang baru dipelajari.

Manfaatkan juga masa cuti sekolah ini dengan meluangkan masa bersama keluarga.. :) 
Jika dikurniakan rezeki dapat bersiar-siar ke tempat yang menarik, bersyukurlah kepada Allah S.W.T.. Gunakan ia sebagai waktu berguna untuk melapangkan fikiran bersama keluarga. Namun jika tidak ke mana-mana,tidak mengapa.. Luangkan masa di rumah bersama keluarga dengan aktiviti yang berfaedah. Bantu ibubapa di rumah juga satu perkara yang dipuji dan mendapat ganjaran pahala yang banyak.. buatlah aktiviti bersama keluarga di rumah. walaupun simple, asalkan bermakna. Semoga ia dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.. Hari sekolah nanti, pasti tidak sempat nak bermesra,bermanja bersama ahli keluarga. Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Bagaimana pula dengan "melayari internet"?????huhu..
Bukan tidak boleh.. Tapi harus "bijaksana"! Bagaimana?? Hadkan penggunaan masa dan layarilah laman yang membawa faedah. Jangan biarkan diri anda hanyut dengan perkara yang tidak baik dan membawa kepada kemudaratan.. Jangan tiap-tiap malam stay up untuk facebook aje, nanti ketagih! Buka sekolah nanti susah cari mood untuk study. hihi.. Maaf la kalau ade yang terasa.. ;p

Apa-apa pun.. Terpulang pada anda. Tepuk dada,tanya lah diri!!
Good Luck!! SELAMAT BERCUTI!!!! :)

Friday 2 November 2012

Starting Post~

aLhamduLillah, bersyukur ke hadrat ILLAHi,, akhirnye, dpt kami a.k.a AJKP~ mnyiapkn BLOG cikgu ini! hee~ ^-^

hehe, ini lah kmi yg dri td mlalui suka duka mnyiapkn blog!

AJKP syg ckgu Slaloo Ok??

hehe~ ckgu jge blog ni taw!