Pages

Wednesday, 14 November 2012


1434H/2012: WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

 Maal Hijrah buat semua penganut beragama Islam..Baru tadi kita membuka lembaran baru untuk tahun Islam 1434H ini.. Pastinya sambutan tahun baru Islam ini tidak lah sama dengan cara sambutan New Year oleh orang barat.. Islam ada caranya yang tersendiri.. Dan dalam bulan Muharam ini, terdapat beberapa amalan yang sunat dilakukan.. Antaranya adalah :


1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X  
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Tadi Alhamdulillah, sempat baca doa akhir tahun dan awal tahun. Syukur sangat-sangat.. Semoga kita sama-sama jadikan tahun baru ini lebih bermakna dan jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Amin..


No comments:

Post a Comment