Pages

Monday, 12 November 2012

CUTI!!! RANCANGLAH SEBAIKNYA...


Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar sekolah.. Tak kira sekolah rendah mahu pun sekolah menengah semuanya akan bercuti panjang sehinggalah buka musim persekolahan tahun hadapan bermula 2 Januari 2012. Lama tu?? lebih kurang 7 mggu..! :)

Apa yang akan anda lakukan sepanjang cuti persekolahan ini?? Jika ingin menjadi pelajar yang cemerlang,anda haruslah merancang cuti dengan sebaiknya. Ingat!! Masa itu emas!!Jangan dibazirkan begitu sahaja....

Jika anda adalah pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam yang besar seperti PMR, SMA, SPM ataupun STPM di tahun 2013, rancanglah masa cuti ini dengan membuat persediaan peperiksaaan untuk tahun hadapan.. Mungkin anda akan merasakan masih terlalu awal untuk membuat persediaan. JANGAN fikirkan begitu.. itu hanyalah bisikan hasutan yang akan membawa kepada beribu sesalan di saat hampir peperiksaan kelak. Buatlah ulangkaji bagi pelajaran yang telah dipelajari semasa cuti ini agar apabila buka sekolah nanti anda tidak akan terkejar-kejar mengulangkaji mata pelajaran lepas dan dalam masa yang sama  sibuk menyiapkan tugasan guru bagi subjek yang baru dipelajari.

Manfaatkan juga masa cuti sekolah ini dengan meluangkan masa bersama keluarga.. :) 
Jika dikurniakan rezeki dapat bersiar-siar ke tempat yang menarik, bersyukurlah kepada Allah S.W.T.. Gunakan ia sebagai waktu berguna untuk melapangkan fikiran bersama keluarga. Namun jika tidak ke mana-mana,tidak mengapa.. Luangkan masa di rumah bersama keluarga dengan aktiviti yang berfaedah. Bantu ibubapa di rumah juga satu perkara yang dipuji dan mendapat ganjaran pahala yang banyak.. buatlah aktiviti bersama keluarga di rumah. walaupun simple, asalkan bermakna. Semoga ia dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.. Hari sekolah nanti, pasti tidak sempat nak bermesra,bermanja bersama ahli keluarga. Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Bagaimana pula dengan "melayari internet"?????huhu..
Bukan tidak boleh.. Tapi harus "bijaksana"! Bagaimana?? Hadkan penggunaan masa dan layarilah laman yang membawa faedah. Jangan biarkan diri anda hanyut dengan perkara yang tidak baik dan membawa kepada kemudaratan.. Jangan tiap-tiap malam stay up untuk facebook aje, nanti ketagih! Buka sekolah nanti susah cari mood untuk study. hihi.. Maaf la kalau ade yang terasa.. ;p

Apa-apa pun.. Terpulang pada anda. Tepuk dada,tanya lah diri!!
Good Luck!! SELAMAT BERCUTI!!!! :)

No comments:

Post a Comment